kali ni nak kongsi padal comfort food yang sedap dan murah.mungkin ramai yang masih tak pernah tau wujudnya sejenis makanan yg dipanggil churros nih.
kalau sesapa ragin google resepi churros nih,tak la susah sangat nak buat.bahan2 dia pon senang je nak dapat.kalo yang rajin mesti dah buat,tapi kalau sebok je memang,jarang ada masa kat rumah,beli je la,senangkan hihihii.
So sesapa yg macam tu boleh la try churros ni kat molten lava kat one utama.molten lava ni shoplot kecik je.kalau lalu pon ramai yang tak perasan.tapi churros dia sedap dan fresh sebab bila order baru dia goreng. banyak choice menu churros ni, yang plain ada,nak yang ada filling pon ada. selain churros, sesapa yang suka sangat dengan macaroon pon ada jual gak.cupcake dan pelbagai kek pon dijual.
yang jadi kegemaran aku dan husband mesti la churros yang dip dengan coklat sos hihihii.so sesapa yang rasa nak try churros ni boleh la ke one utama. molten lava ni lower ground floor new wing.dekat dengan guardian.
Molten Lava
LG312B, Lower Ground Floor, One Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Bandar Utama, 47800