Selasa, 4 Februari 2014

churros @ molten lava

kali ni nak kongsi padal comfort food yang sedap dan murah.mungkin ramai yang masih tak pernah tau wujudnya sejenis makanan yg dipanggil churros nih.
kalau sesapa ragin google resepi churros nih,tak la susah sangat nak buat.bahan2 dia pon senang je nak dapat.kalo yang rajin mesti dah buat,tapi kalau sebok je memang,jarang ada masa kat rumah,beli je la,senangkan hihihii.
So sesapa yg macam tu boleh la try churros ni kat molten lava kat one utama.molten lava ni shoplot kecik je.kalau lalu pon ramai yang tak perasan.tapi churros dia sedap dan fresh sebab bila order baru dia goreng. banyak choice menu churros ni, yang plain ada,nak yang ada filling pon ada. selain churros, sesapa yang suka sangat dengan macaroon pon ada jual gak.cupcake dan pelbagai kek pon dijual.
yang jadi kegemaran aku dan husband mesti la churros yang dip dengan coklat sos hihihii.so sesapa yang rasa nak  try churros ni boleh la ke one utama. molten lava ni lower ground floor new wing.dekat dengan guardian.

Molten Lava
LG312B, Lower Ground Floor, One Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Petaling Jaya, Bandar Utama, 47800

Isnin, 3 Februari 2014

Johnny Rockets @the curve

Harini nak crita pasal makan kat johnny rockets the curve. Sebelum nih aku pernah try johnny rockets ni kat USS,sedap not bad.servis pon cepat.
so bila tau johnny rockets buka kat malaysia,lagi lagi kat mall kegemaran husband memang xsabar la nak pi try. so sempena anniversary yg ke 2 bln 11 tahun lepas,kitorang pon pi la try.
tapi sayang btol,apa yang diharap sangat diluar jangkaan.orang dah la ramai kena tunggu turn.makanan memang failed habih,mengecewakan.harga memang tak sepadan dengan makanan yg dpt.
cuma restoran ni happening la sebab pelayan dia semua bleh menari n diorg akan menari n menyanyi.
itu la pertama dan yg terakhir aku pi situ.management johnny rockets patut buat sesuatu untuk naikan mutu makanan.kalo setakat happenning je tapi makanan failed memang xlama la bertahan.

sesapa nak try bleh la ke:
Johnny Rockets @ The Curve

Ahad, 10 November 2013

apa yang dijangka terjadi.

Tipu la kalau aku kata aku tak rasa kecewa dan sedih. Hanya Allah yang tau apa yang aku rasa sekarang ni. Tapi aku yakin semua ni berlaku ada sebabnya,belum rezeki aku untuk dapat apa yang aku inginkan. InsyaAllah,usaha tetap usaha,penentu rezeki dari Allah. Aku harap aku kuat hadapi semua ni.

Isnin, 24 Jun 2013

Siapa lah aku ni...

Hello hello hello

Nampak gaya jerebu dah melarat ke utara nih. site visit kejap tadi pon dah buat mata pedih and tekak pon sakit dah nih. Balik opis nanti kena pi cari mask and eyemore nampak gayanye. Sesak napas kalo kena site visit time jerebu nih, macam mana la org yang memang hari2 keja dia site visit ye, harap2 semua dapat jaga kesihatan la ye.

Sekarang nih musim orang kena pindah dan dipindahkan untuk agensi aku. Batch 1st awal bulan jun, sekarang 2nd batch pertengahan bulan julai. so aku pon dok tunggu2 juga la, kot2 nama aku naik untuk bertukar, tapi non hado, kecewa mak jenab tau. setahun dah aku mohon bertukar, HQ jawab tiada kekosongan, dalam pada tu ramai je yang kena tukar ke tempat yang aku mohon tu. Sentap hati mak nak. Serius sedih sangat, yang memohon tak dapat, yang tak mohon pulak ditukarkan. Hah cane tuh!!!!!

Itu la nasib tuan tanah kedaung nih. Sejak lepas kawen sampai sekarang la aku berjauhan dengan hubby. Nak buat macam mana belom rezeki pindah lagi. Ingatkan lepas kawen dapat la dok sekali, 2 tahun dah jauh2. Dulu masa berchenta pon jauuuuuuuuhhhhhh gak, dah kawen pon still lagi jauh. Takpe lah, kena redha  semua nih perancangan Allah. Walau macam mana pon, aku masih berharap la dapat bertukar dalam masa yang terdekat nih.

Pejam celik pejam celik dah lama btol aku kat opis nih tak tukar2, ada la 5 tahun dah. Pencapaian yang membanggakan tu hahahaaa. Ikut hati memang tak nak tukar pon, syok dok sini, staff best, makan sedap and murah, sewa rumah pon murah, takder jem or banjir kilat, kemudahan pon banyak. Tapi memandangkan  the other half aku nun di kuala lumpur, tak boleh la aku nak stay sini, apa pon suami and keluarga tukan lebih penting.

Hoiiihh petang2 dok buat sesi luahan perasaan pulak hahahaa. saja sambil2 tunggu nak balik opis, share2 la apa yang buleh. Dah 5.30 dah, nak cabut dah, tunggu opis pon keja dah siap, balik ronda2 cari barang la.

ok bye bye ..

macam awal pagi je, padahal pukul 4.30 ptg. nih kat belakang opis.

Ahad, 23 Jun 2013

Coming soon......

Assalamualaikum.....

jerebu semakin kritikal nampaknya, tapi kat utara ni masih ok lagi rasanya.
semalam balik dari kl, semua flight delay, menunggu jugak la, khamis aritu pon sama gak flight delay dekat sejam jugak, jerebu punya hal la nih. Hubby pon dah sebok cari stok mask utk kedai umi, sekarang ni sape yang jual mask mesti untungkan, semua pakat cari mask.

harini aku bukan nak cerita pasal jerebu hahahaa..aku just nak bagi tau awal bulan depan aku nak bercuti hihihii. so lepas cuti tu, Inn Sya Allah ada satu projek besar punya. harap harap semua berjalan lancar la. tu projek aku dengan dua lagi kawan aku, akan di umumkan sebelom puasa nanti, so stay tune ye. and aku ada lagi satu projek, ni setelah bincang dengan hubby,dia pon setuju and aku pon dah test, Inn Sya Allah projek nih tengah kumpul dana, mungkin lepas raya kot.

tu je nak bagi tau sebenarnya hihii.aku pon tengah takde idea nak taip, kerja opis banya nak buat nih.
Ok bye.....
ni bukan gambar jerebu ye, ni gambar kat langkawi, gambar lama ni.




Isnin, 17 Jun 2013

lelong....lelong...sapa nak beli

dah banyak sangat bahan bacaan kat rumah aku ni.nak lelong la novel2 yang dah baca ni.kalau ada yg berminat leh bagi tau ye.lelong separuh dari harga asal novel.kondisi novel macam yg baru sebab sekali baca je

Cinta untuk disewa - Lynn Dayana
Juara carta cinta - Lynn Dayana
Projek memikat suami - Hanina Abdullah
Calon jodoh untuk adik - Areila Sahimi
Terbanglah Sayang - Aina Emir
Akukan novelis ! -Nurul Syahida
Coke and sundae - Ilya Abdullah
Seri tertangguh - Nizam Zakaria

kalau ada yang minat nak beli boleh komen kat bawah ye.

saya budak baru belajar

ni la budak baru blajar nak berblog hahaha. orang lain dah bertahun,kita baru nak belajar.pastu tergagau2 tak tau nak buat macam mana hahahaa lawak btol.