Hello hello hello
Nampak gaya jerebu dah melarat ke utara nih. site visit kejap tadi pon dah buat mata pedih and tekak pon sakit dah nih. Balik opis nanti kena pi cari mask and eyemore nampak gayanye. Sesak napas kalo kena site visit time jerebu nih, macam mana la org yang memang hari2 keja dia site visit ye, harap2 semua dapat jaga kesihatan la ye.
Sekarang nih musim orang kena pindah dan dipindahkan untuk agensi aku. Batch 1st awal bulan jun, sekarang 2nd batch pertengahan bulan julai. so aku pon dok tunggu2 juga la, kot2 nama aku naik untuk bertukar, tapi non hado, kecewa mak jenab tau. setahun dah aku mohon bertukar, HQ jawab tiada kekosongan, dalam pada tu ramai je yang kena tukar ke tempat yang aku mohon tu. Sentap hati mak nak. Serius sedih sangat, yang memohon tak dapat, yang tak mohon pulak ditukarkan. Hah cane tuh!!!!!
Itu la nasib tuan tanah kedaung nih. Sejak lepas kawen sampai sekarang la aku berjauhan dengan hubby. Nak buat macam mana belom rezeki pindah lagi. Ingatkan lepas kawen dapat la dok sekali, 2 tahun dah jauh2. Dulu masa berchenta pon jauuuuuuuuhhhhhh gak, dah kawen pon still lagi jauh. Takpe lah, kena redha semua nih perancangan Allah. Walau macam mana pon, aku masih berharap la dapat bertukar dalam masa yang terdekat nih.
Pejam celik pejam celik dah lama btol aku kat opis nih tak tukar2, ada la 5 tahun dah. Pencapaian yang membanggakan tu hahahaaa. Ikut hati memang tak nak tukar pon, syok dok sini, staff best, makan sedap and murah, sewa rumah pon murah, takder jem or banjir kilat, kemudahan pon banyak. Tapi memandangkan the other half aku nun di kuala lumpur, tak boleh la aku nak stay sini, apa pon suami and keluarga tukan lebih penting.
Hoiiihh petang2 dok buat sesi luahan perasaan pulak hahahaa. saja sambil2 tunggu nak balik opis, share2 la apa yang buleh. Dah 5.30 dah, nak cabut dah, tunggu opis pon keja dah siap, balik ronda2 cari barang la.
ok bye bye ..

Tiada ulasan:
Catat Ulasan